Selasa, 2009 Oktober 13

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Cima Agro

Minggu lepas, saya menerima satu email dari pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyatakan bahawa pihak mereka ingin membuat temujanji dangan saya. Serta merta, saya rasa email tersebut tersalah hantar! Siapalah yang tidak kenal PNB yang mempunyai kepentingan saham dalam banyak syarikat-syarikat gergasi seperti Sime Darby, Maybank Berhad, Island & Peninsula dan banyak lagi syarikat2 besar yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Jauh benar untuk saya fikir kenapa mereka berminat untuk bertemu dengan saya sebagai pemilik Cima Agro. Lebih-lebih lagi perjumpaan yang akan diadakan nanti adalah dengan Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan, Encik Zamani Abdullah bersama Encik Badrul Azmi Jamaluddin dari jabatan yang sama. Setelah berbalas email, tahulah saya mereka memang bermaksud untuk berjumpa dengan saya. Pada pagi ini, 13 Oktober 2009 berjumpalah saya dengan mereka yang datang tepat pada waktu yang telah dijanjikan.

Perbincangan dimulakan dengan Encik Zamani menerangkan siapa dan apa PNB serta strategy PNB kini untuk meneroka peluang yang ada dalam bidang pertanian dan makanan. Mereka kini sedang mencari syarikat yang mahukan PNB sebagai rakan kongsi untuk suntikan modal dalam membesarkan perniagaan. Alhamdulillah segala puji hanya pada Allah saya ucapkan kerana peluang tersebut diajukan pada Cima Agro. PNB menyatakan cara untuk saya mendapatkan bantuan kewangan ada 2 iaitu melalui pinjaman bank atau mendapatkan PNB sebagai rakan kongsi dimana sebahagian saham Cima Agro di jual kepada mereka.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada Encik Zamani dan Encik Badrul kerana peluang yang diberikan dan kerana sudi datang ke CIMA Agro.


Perkongsian Misi dan Visi Cima Agro, kedudukan dan pengalaman syarikat, pasaran dan potensi pasaran serta strategi pemasaran Cima Agro berjalan selama hampir 2 jam di pejabat.



Lawatan ke ladang cendawan dan kemudian tempat proses serta penyimpanan cendawan goreng beku Cima Agro. Sambil bergurau, Encik Zamani menyatakan bahagian bahagian yang saya perlu perbaiki dengan suntikan dana dari PNB sebagai rakan kongsi.

3 ulasan:

Syed Osman Abadi berkata...

Tahniah Puan Lina, ini merupakan sesuatu kerjasama dan peluang yang amat baik, teruskan InsyaAllah kecermelangan menanti Puan.

Lina berkata...

Terima kasih Tuan Syed. Untuk pengetahua.. PNB tau saya beli mesin dari tuan syed. Dia singgah blog tuan syed.

Lagi satu, ada pro n kon nya klu syarikat kita ada investor besar-besar ni. Saya belum lagi buat keputusan..

Syed Osman Abadi berkata...

Puan Lina, saya pernah berkerjasama dgn PNB di Yayasan Pahang dahulu semasa saya di IKIP menjalankan program kecermelangan pelajar dimana PNB menaja 100 % pelajar miskin yang cemerlang. Mereka memang senang dan pro dalam so call JV ini, lebih-lebih lagi big boss nya (Datuk Ahmad Kama Piah orang Kelantan)amat baik orang nya. Saya rasa boleh amat-amat sangat dipertimbangkan. Semuga berjaya. Insya'Allah.