Posting saya tentang penyakit hijau yang berjumlah 5 muka surat tu ada sambungan lagi. Saya ingat dah banyak dan lengkap dah. Rupanya ada lagi.
Bukan sengaja tak mahu bagi semua ilmu yang ada tapi apakan daya pada waktu menulis tu.. itu saja yang teringat. Bila saya senang, tengah duduk-duduk tu.. teringat benda lain pulak lagi yang patut saya tambahkan dalam artikel tersebut.
Benih (ulangan)
Memang ini adalah punca kebanyakkan penyakit. Seperti kita tahu yang menjual benih secara komersil membuatnya secara banyak, ratusan botol yang kadang-kadang mencecah ribuan botol tak mungkin ada masa untuk memeriksa seteliti kita yang buat untuk diri kita sendiri. Sebab itu lebih bagus kalau kita buat benih sendiri. Kalau mula-mula buat tak jadi, bila dah banyak kali buat tentu jadi. Bila dah jadi confirm dah tak payah risau pasal benih sebagai punca penyakit kalau kita dah chech teliti habis. 6 tahun dulu pun saya ada masalah penyakit yang asalnya dari benih. Dah letih dengan masalah tersebut menyebabkan saya buat keputusan untuk buat benih sendiri. Selesailah masalah hinggalah sekarang. Saya sedar benih adalah penting bagi mereka yang terlibat dalam bidang ini secara kecil atau pun besar jika mereka ingin bertahan lama. Sebab itu saya anjurkan kursus benih yang lepas dan saya iklankan di surat khabar ber Bahasa Melayu. Saya juga minta projek cendawan.com dan e-cendawan untuk mengiklankan kursus benih saya tu. Harganya pula murah. Orang lain buat RM1500. Saya buat RM750. Sebab saya nak menolong..
Benih dari Gandum Vs Benih dari Padi (tambahan baru)
Jika kita gantikan padi adalah lebih baik. Padi adalah bijirin dari negara beriklim seperti Malaysia ni dan gandum adalah bijiran dari negeri beriklim sejuk. (Tidak dinasihatkan pada mereka yang baru belajar buat benih) Tapi untuk permulaan ia adalah agak sukar. Lagi satu, tambahkan 10-20% habuk kayu kedalam biji gandum untuk buat benih ni. Ini bagi memperkenalkan pada maisilia cendawan akan media habuk kayu yang akan mereka lalui bila mereka ‘dah dewasa’ nanti. Enzim yang dirembeskan semasa maisilia mencerna habuk kayu dengan semasa mencerna biji gandum adalah berlainan jenis dan kuantitinya. Jika mereka telah diperkenalkan dalam gandum (dengan kuantiti kecil habuk kayu), mudah untuk mereka menghasilkannya dalam habuk kayu. Benih yang dihasilkan akan jadi lebih kuat dan bila kuat, susah lah untuk penyakit hinggap. Perlu diketahui, benih yang dicampur dengan 10-20% habuk kayu tersebut akan berjalan 1-2 hari lebih lambat berbanding dengan 100% benih bijirin gandum dll.
Lantai simen (tambahan baru)
Lantai bersimen dipercayai mengurangkan masalah penyakit kerana kita dapat mengawal kebersihan lantai dengan membersihkannya dengan Clorox. Guna Dettol untuk lantai? Tak payahlah. Mahal tu.. Guna Clorox dah 99.99% bacteria and germs free. Jika berlantaikan tanah, memang pengusaha akan menaburkan kapur tapi kapur ini akan segera terserap jika membuat siraman. Saya tak pasti keberkesanan taburan kapur keatas tanah bertahan untuk berapa lama dari tarikh ia di taburkan.
Air siraman (tambahan baru)
Jenguk-jenguk sikit tangki air anda. Ada lumut tak? Atau ada keladak termendap dll? Ini boleh jadi punca juga. Kalau malas nak panjat tangki, ambil kertas litmus dan test pHnya. Kalau ia dalam lingkung pH6.0 -6.9, itu adalah kesukaan hijaulah tu. pH juga boleh berubah dengan suhu. Ambil dan periksa pH diwaktu anda biasa menyiram. Kalau nak lagi tepat dengan jumlah mikrob dan sebagainya, lab test lah jawabnya.
Kali ni saya dapat postkan direct dalam blog pasal saya tak menaip artikel penyakit ni kat dalam Ms Word tapi direct dalam blog. Jadi, bolehlah anda membacanya direct. Susah juga saya nak emelkan attachment macam yang sebelum ni. Banyak yang meminta dan saya pula bukanlah boleh buka blog hari-hari untuk tengok emel dan reply permintaan sesegera mungkin. Sekali reply ada dalam 4-5 emel. Hangat sambutan tentang penyakit ni.
OKlah. Nanti kalau saya ada masa dan teringat benda lain lagi untuk ditambah, InsyaAllah saya akan menulis lagi..
Lawatan Tan Sri Aishah Ghani ke Cima Agro
-
Pada 17hb Jun baru baru ini, Cima Agro menerima tetamu istimewa iaitu Tan
Sri Aishah Ghani dan ahli lembaga pengarah Koperasi Jayamurni Wanita Berhad....
2 ulasan:
Thanks Lina. Keep it comming.
Lina Cima Agro,
Thanks untuk artikel ni. Saya dah baca bahagian pertama melalui blog cendawan915. Bahagian ke2 melengkapkan lagi fakta2 sebelum ni. Bagi pengusaha2 kecil serta kurang pengalaman cam saya ni, informasi sebegini memang sesuatu yang sangat berguna.
Saya amat tertarik pasal benih tu. Dari pengalaman kitorang pun, benih dari pengeluar berbeza, hasilnya pun berbeza. Ada yang hasilnya byk, tapi byk pulak penyakit. Ada tu penyakit kurang, tapi bekalannya pula susah nak dapat. Yang tak tahannya, kadang2 trpaksa tunggu 2 bulan barula tau hasil benih tu. Kalau OK alhamdulillah, kalau tak OK, terpaksa buang beratus bungkah!
Saya pun berminat untuk belajar cara2 membuat benih sendiri. Kadang2 terpikir jugak berbaloi ke tidak dengan saiz projek kitorang. Modal permulaan utk infra pun agak mahal. Tapi bila di fikir jangka masa panjang, elok juga belajar membuat benih ni..
Jika anjurkan lagi kursus benih, harap pihak CIMA dapat beritahu awal. InsyaAllah, saya ingin turut serta.
Itu aje, salam maju jaya..
Catat Ulasan